Hari Sabtu lepas, aku sefamily balik ke kampung ibu ku di Kota, Rembau. Ini adalah kampung sebelah ibu ku. Emak dilahir dan dibesarkan disitu. Banyak memory semasa kecil ku disitu. Dahulu semasa balik ke kampung, Wan, panggillan nenek untuk orang negori dan Pak utih, abang kepada ibuku selalu menyediakan buah-buahan kampung seperti rambutan, mata kucing, langsat di ajung rumah untuk di jamu ketika kedatangan kami. Bila hari petang kami dibawa ke hulu sawah padi kerana ada sungai di situ, kami bermandi manda dengan gembiranya walaupun banyak pacat mengigit kaki kami.
Setelah Wan dan Pak utih meninggal, rumah kampung itu terbiar hampir 15 tahun hinggalah akhir tahun lalu ibuku memutuskan untuk membaiki rumah itu semula untuk dia pulang menjengok sekali sekala.Sabtu lalu ibuku mengadakan majlis tahlil dan doa selamat dengan menjemput orang surau, saudara mara terdekat dan jiran tertangga untuk bersama sama meraikannya. Orang surau yang datang hanyalah beberapa kerat sahaja iaitu 6 orang termasuk tok imam, semua sudah lanjut umur, mana pergi semua anak-anak muda? Aku rasa lama kelamaan, generasi kehidupan kampung mungkin leyap.
Kenduri tahlil disambut meriah dengan kehadiran sanak saudara, semua sanak saudara datang membantu memasak hidangan orang negori, masak ayam lemak cili api, ayam goreng, sayur kobis masak lemak, kacang panjang goreng dengan hati dan pedal ayam, sambal udang petai dan rendang ayam pencen pemberian saudara sepupu. Seronok dapat berkumpul dan melihat gelagat orang tua bila depa memberi arahan dengan slang negori, sampaikan ada setengah slang tu aku sendiri pun tak faham. Kami memasak menggunakan kayu api, asap yang banyaksehingga memedihkan mata tapi amat menyeronokan.
Amat terkilan di hati bila3 ipar lelaki, seorang adik ipar perempuan beserta adik perempuan dan adik lelaki tak dapat bersamam sama meraikan majlis ini kerana ada urusan lain yang lebih penting bagi mereka. Tidak termasuk abang sulung ku, yang sememangkan aku faham masaalahnya kerana dia tak mempunyai kenderaan. Tetapi yang menjadi muskil dan terkilannya aku terhadap sikap ipar dan kedua adik ku kerana mereka tidak dapat meluangkan masa emas mereka walau pun untuk sehari untuk datang ke majlis ini. Rasanya bukannya susah sangat kot masing masing menetap di KL dan Ipoh dan mereka perlu faham kenduri ini bukan disambut hari-hari, setahun tak sekali. Kadang-kadang kita perlu tahu bagaimana untuk ambil hati keluarga mertua, kita bukan sahaja berkahwin dengan anak mereka tetapi kita berkahwin dengan seluruh keluarga mereka.
Nak kata berkedudukan atau berjawatan tinggi atau lebih senang orang kata somebody ke atau VIP ke, aku tak lah kisah sangat tapi rasa rasa mereka nie cuma orang biasa biasa aje. Macam aku, abang ku di Seremban, wife dia, walaupun kami berkerja, kami masih lagi boleh meluangkan masa untuk membantu ibubapa kami. Bukan sahaja ibubapa kami tetapi juga keluarga mertua pun sama, bila ada kenduri atau majlis, kami akan datang dan membantu dan memeriahkan majlis. Bukannya lama cuma satu hari, tak sampai 24 jam. Aku sampai di kampung pukul 8.30 pagi, masak dan kenduri bermula pukul 12.00 tengahari dan berkemas sampai lah petang. Malam pukul 9 kami balik. Itu sahaja bukannya lama sangat. Lagi ramai yang membantu menghulurkan kederat, lagi bertambah ringan sikit kerja. Bukan senang nak berkumpul satu keluarga. Kedua orang tua sudah makin tua dan dimamah usia. Jika orang tua kita yang masih hidup pun susah untuk kita memcuri masa untuk berkumpul bersama, bayangkan bila mereka tiada.
Aku ingat pesan mertua ku bahawa orang tak pandang wang ringgit, pangkat atau sebagainya. Budi bahasa dan menghormati orang tua adalah yang paling penting sekali. Mungkin kampung ibu ku ini kampung antik, biasalah rumah kampung, kotor, bau tahi kambing, ayam, tandas kat luar, berlecak dan sebagainya. Rasa geli nak balik kampung. Untuk adik aku, pandai pandailah membimbing isteri dah berpada padalah ikut telunjuk isteri...
Satu pesanan untuk ipar yang baru menjadi menantu keluarga kami, cuba tunjukkan sikit sifat membantu dan cuba ambil hati orang tua kami. Tolong datang bantu apa yang patut, alasan bekerja aku faham tapi kalau dah hari Sabtu pun tak boleh datang, kira tak tahu nak letak brain tu kat mana?
Aku minta maaf lah jika ada ayat di atas terkena pada sesiapa atau menyinggung perasaan sesiapa. Orang kata sapa makan cili, dia yang akan terasa pedas nya. Aku cuma minta luangkan sedikit masa semasa orang tua kita masih hidup tak kira orang tua kita sendiri atau mertua. Bila kita dah akad nikah, ke empat-empat orang tua ni adalah ibu bapa kita. Fikirkan.
No comments:
Post a Comment